.

.

Tuesday, May 27, 2014



SUSU Ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.
Di samping itu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu.
Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sih

at termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula.
Susu ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak.
Kesan baik itu bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil namun kekal sepanjang hayat meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan peribadi seorang anak.
''Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahiran. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut.
"Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas.
Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
"Dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, ramai ibu bekerja menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka.



Tidur Bayi 3bulan

[ runsingnya.....ibu] apa punca anak anda tidak dapat tidur Lena,sering meragam. Ibu pun kejap2 bangun, alih2 xdpt tidur LA smp pagi. 
Jom kita sama kongsi.

1 . Selsema 
Bayi begitu mudah dijangkiti selsema. Kesukaran untuk tidur lena waktu malam dan meragam akibat kesekatan saluran pernafasan. Cuba beri letakan balm pada bahagian yang tidak selesa.mungkin didada depan belakang Dan Tapak kaki.

2 . Ruam
Ianya satu masalah kulit yang dihadapi oleh bayi yang biasanya terjadi di sekitar punggung bayi. Kemerahan pada bahagian kulit memberi rasa pedih pada bayi. Longgarkan pemakaian lampin pakai buang atau gunakan ubat anti ruam. Kerap juga tukar lampin pada waktu malam. Bayi rasa selesa dan tidur lena. Pakai Pakaian yang selesa diperbuat Dari cotton.

3 . Kolik
adalah masalah kembung perut yang membuatkan bayi meragam dan tidak tidur lena. tidur secara meniarap di samping sapu ubat khas di bahagian perut.Tungku perut bayi Dan sapukan minyak bersesuain pada bayi dan pakaikan Barut pada bayi.

4 . Elakkan bilik dalam keadaan panas dan terlalu sejuk. Pakaikan pakaian tidur yang nipis. Bayi adakalanya terjaya waktu malam kerana kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk bayi tidur lena.

5 . Suhu badan bayi melebihi 39 darjah celcius, bayi demam dan mudah terjaga waktu malam. Berikan ubat demam dan sejukkan badannya dengan membasahkan kain dan lap seluruh anggota badannya. Pakaikan baju nipis. Jika suhu badan masih tinggi segara dapatkan rawatan doktor.

Bersambung,.......anda mahu Lagi sila Like page Baby Aleesa Collection

# butikibubayi

Thursday, March 6, 2014

DRESS











T-SHIRT


























PYJAMAS








Thursday, January 2, 2014

KEDAI PERTAMA KAMI

Alhamdulillah.... dengan izin-Nya, pada 2 Januari 2014 dengan rasminya kedai pertama kami telah di buka di Mydin Manjoi Ipoh. Lokasinya di Lot B06 (berhampiran pintu masuk utama)



Wednesday, December 18, 2013

Jumpa Kami Di Mydin Manjoi, Ipoh.